NurAinQistina Dot Com

Permata Hati Ku

   Nov 14

ELAK TERTIPU BELI EMAS

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.

Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.

Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.

Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.

Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu.

Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.

Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.

Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.

Tapi yang salahnya apabila ada daripada mereka meminta pembeli membuat pinjaman bank atau koperasi untuk membeli emas dengan mereka dan dipajakkan di Ar-Rahnu dengan sistem 30:70.

Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.

Sebagai contoh, pembeli diminta membuat pinjaman RM30,000 untuk membeli emas.

Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sudah membeli emas pada nilai RM100,000, di mana RM70,000 yang dikeluarkan oleh pihak Ar-Rahnu akan diambil oleh pihak penjual emas.

Ini bermakna, jumlah emas yang dipajakkan di Ar-Rahnu bernilai RM100,000.

Penjual emas akan memomokkan anda sebagai pembeli boleh mendapat keuntungan dengan membuat tukaran surat pajakan apabila harga emas naik.

Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi.

Maka, pembeli tidak akan dapat keuntungan sebab harga emas tidak naik dan masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman pembelian emas tadi untuk tempoh 20 tahun.

Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank.

Di sinilah masalah akan timbul apabila pembeli terpaksa menyediakan 70 peratus bahagian yang bank keluarkan ketika pajakan dibuat untuk menebus semula emas berkenaan sedangkan wang itu sudah diambil oleh ejen emas sewaktu memajakkan emas berkenaan.

Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian.

Sudahlah hutang bank selama 20 tahun perlu dibayar, emas kita pula digadai oleh pihak bank.

Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah tidak salah untuk kita melabur dalam emas.

Tetapi bukanlah dengan cara meminjam duit dari bank dan beli emas kemudian digadaikan.

Akhirnya, diri kita sendiri yang tergadai untuk membayar hutang dalam tempoh 20 tahun.

Pelaburan emas hanya menguntungkan jika kita membeli emas 100 peratus menggunakan duit sendiri.

Saya kasihan melihat orang Melayu ditipu oleh orang Melayu sendiri.

Daripada mengimpikan kekayaan, akhirnya berakhir dengan kemiskinan akibat hutang yang ditanggung.

Untuk kaya, kita perlulah berusaha untuk menambah pendapatan.

Masalahnya orang Melayu kita lebih suka duduk goyang kaki mengharapkan imbuhan setiap bulan.

Diharap, pihak bank dan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung aktiviti pelaburan emas seperti ini sebelum lebih ramai bangsa kita muflis dalam angan-angan mereka sendiri.

PELABUR EMAS SEJATI Johor Bahru

 

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Elaktertipubeliemas/Article/index_html

Dapatkan Emas Dari Pengedar Yang Sah :

AHMAD SUBHI  ( 016-677 7071 )

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>